PROFIL SYARIKAT
RUSYDI CATERING AND EVENT CONSULTANT adalah sebuah syarikat hak milik penuh bumiputra yang telah di daftarkan pada 18/08/2009 dengan nombor pendaftaran IP0311166-T sebagai sebuah syarikat beridentitikan milikan tunggal.Syarikat kami menjalankan perniagaan yang melibatkan bidang perkhidmatan dan pembekalan.Sebagai sebuah syarikat 100% bumiputera,kami telah bermula dengan bernaung di bawah MIOR CATERING selama 3 tahun bagi menimba ilmu dan pengalaman,dan kini kami mula bergerak secara persendirian.Sebagai langkah permulaan,kami telah beroperasi di Ipoh.
Selaras dengan fungsi RUSYDI CATERING AND EVENT CONSULTANT yang menawarkan perkhidmatan dan pembekalan ,kami menjanjikan perkhimatan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kerana kami mengutamakan kepuasan hati para pelanggan bagi memenuhi kehendak dan citarasa.
Sejajar dengan seruan kerajaan yang menggalakan para belia untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan ,RUSYDI CATERING AND EVENT CONSULTANT sebagai sebuah syarikat bumiputra yang baru di tubuhkan amat memerlukan sokongan dari pihak kerajaan mahu pun swasta untuk menggunakan perkhidmatan yang di tawarkan dan kami akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.Segala keperihatinan dan sokongan dari sector kerajaan dan swasta amat di perlukan dalam membantu memperkembangkan lagi perniagaan.
